Seorang pemuda, berjalan dalam hidupnya...Jauh perjalanannya. Dalam kehidupan dia belajar. Banyak ilmu dia pelajari. Banyak kali tersungkur, banyak kali itulah dia bangun dalam perjalanan mencari diri sendiri,
Sampai umurnya, tibalah waktu untuk pemuda ini melaksanakan tanggungjawabnya, mencari dunia. Lalu dia memilih untuk mencari emas yang terpendam di dasar bumi. Lalu pemuda ini mengambil keputusan untuk menggali emas tersebut, berbekal sebilah cangkul kepunyaannya.
Pemuda ini menggali..menggali dan terus menggali....Lalu berkatalah orang ramai..."ape lah gile ke ko ni nak gali emas dengan cangkul?Kalau nak dapat emas, ikut aje la orang lain...Ko akan jadi kaya" Hinaan cercaan tidak henti kunjung datang.Orang sibuk mencari emas, orang sibuk mengutuk pemuda itu, kerana pemuda ini berbeza dari mereka.Semua orang mahu kaya untuk emas. Dia mahu emas kaya. Si pemuda terus menggali dan menggali. Lalu Tuan dan Puan pemuda ini berkata "Anak, apa yang kau gali emas itu? Sampai bila nak dapat? Ala baik kau beli aje...Ikut la cara orang lain..." Sedih tersentap jiwa pemuda ini. Namun digagahi juga, lalu dia pun terus mencangkul. "Ala, kalau kau curi, atau kau tipu, kau tetap akan dapat emas itu, apa masalahnya?" berkata antara mereka yang menghina. "Apa yang kau cari tuh..baik kau berada di sini menemani aku...bersama aku...aku ini lebih penting...Datang la sini...aku ini sape?? aku ni penting..Kau mesti bersama aku.." kata tuan puteri
Maka dengan kesukaran, halangan demi halangan, pemuda ini terus menggali...Esok, jika dia berjaya menggali, agaknya apa kata penghina tadi? Mungkin mereka akan datang, kononnya menuntut apa hak bagi mereka...
Maka satu perjuangan bagi pemuda ini akan terus digagahi, semoga mendapat emas yang dicari....
Hari ini ibubapa ingin anak-anak ke pusat pengajian. Mereka tidak bertanya "Apa ilmu kau dapat?" atau "tuntutlah ilmu samapi pandai.." tetapi katanya " nanti dapatkan sijil tuh...biar dapat yang terbaik...4.0 ...." sehinggakan ada yang sanggup menipu demi itu. Begitukan? Itukah yang kita mahu? Tidakkah apa yang kita cari itu ilmu? ?Kenapa tidak diberatkan ilmu, bukan sijil?
Kerja...Orang bertanya " Berapa gaji..Kaya ke.." atau "Kerja la..Jadi cikgu ..Selamat...Terjamin....Keje Gomen...." Ke manakah rasa amanah kita? Adakah kita bekerja, menjadi guru, atau apa saja, semata mata untuk kemewahan dunia? Duit? Senang. Lihatlah dunia, orang yang banyak duit, makin kaya tetapi tidak pula makin senang. Hati tidak senang. Jiiwa tidak tenang. Makin banyak duit, makin tidak cukup. Pernahkah kita melihat?
Aku hilang,mencari.Moga aku akan temui. Emas..... Bukanlah duit dan dunia serta kekayaannya..Tetapi emas tulen..emas kepada dunia kini...
Mencari hati emas bukannya mudah..Di masa kini adakah kau peduli-Hati Emas (Kump. Kembara)
Thursday, October 21, 2010
Berikan Pemahaman Tepat Terhadap Mazhab
Kehidupan beragama di Malaysia sangat berhubung rapat dengan mazhab. Sebenarnya imam-imam besar ini (4 orang) juga ulama'-ulama'(scholar) terkemudian tidak mempunyai masalah terhadap pentafsiran atau ijtihad masing-masing. Mereka menghormati pendapat masing-masing dan ada antaranya merupakan guru dan pelajar, dan ada antara ulama' terkemudian juga mempunyai ilmu setanding imam2 besar yang 4 ini, sebagai contoh Imam Bukhari. Ini adalah sumber-sumber yang sebenarnya perlu didalami oleh mereka yang belajar dan kesedaran bahawa 'ulamak ini tidak kebal atau maksum' menjelaskan bahawa setiap ulama' terdedah kepada kesilapan, jadi tidak ada masalah jika ulama' berselisih, cuma dalil yang dipegang hendaklah dikaji kekuatan dan kajian asalnya.
Ulama'(scholar) tidak mempunyai masalah tentang perkara ini. Namun begitu orang yang terkemudian telah tersalah tafsir juga taksub terhadap masalah ini. Mungkin kerana kurangnya ilmu atau egois menyebabkan masalah perselisihan di kalangan mazhab berlaku. Ini bertambah malang apabila mereka yang memegang kuasa agama(spt pihak berkuasa, pendakwah dan guru agama) memberikan gambaran yang salah terhadap kepelbagaian mazhab, mungkin kerana kurangnya ilmu atau taksub kepada mazhab. Ini sebenarnya yang ,erumitkan perkara ini.
Dalam masyarakat Melayu, sejak dari kecil saya diberi fahaman, bahawa kita "menganuti" mazhab Syafie kerana imam Syafie yang paling teliti, atau paling hebat, ada juga yang menganggap yang paling TEPAT. Inilah punca awal kepada konflik ini. Fahaman inilah satu fahaman yang salah, namun begitu ia tersebar luas dalam kalangan masyarakat kita. Apabila pemahaman sedemikian berlaku, ditambah pula dengan pandangan serong terhadap pengikut mazhab lain yang berbeza cara dan pandangan terhadap kita, menjadikan konflik tercetus. Kita tersilap dengan memikirkan mazhab lain silap, salah dsb, kadangkala hanya kerana logik pemikiran dengan ilmu yang cetek. Sebagai contoh, perbuatan bersentuhan tangan memang bertentangan dengan budaya kita, jadi apabila mazhab Syafie menyatakan bersentuhan membatalkan wudhu', maka kita terima ia mengikut logik akal kita. Apabila imam lain menyatakan tidak, kita menganggap ia bertentangan dengan budaya, dan ditambah dengan kekurangan ilmu, maka kita cenderung meletakkan label "SALAH" kepada imam-imam lain. Sedangkan suatu fatwa adalah berdasarkan dalil Quran dan sunnah, cuma tafsiran yang berbeza. Tetapi perkara ini GAGAL diterangkan dengan seterang-terangnya. Kadangkala, ada tafsiran satu imam, lebih tepat dari tafsiran imam yang lain. Inilah merupakan satu hujah bahawa kita TIDAK BOLEH TERIKAT DENGAN MAZHAB sekiranya kita tahu bahawa tafsiran satu ulama'(scholar) LEBIH TEPAT dari satu ulama'(scholar) yang lain,kerana kita hendaklah mengambil yang benar,dan mengapa lakukan yang silap atau tidak kuat sedangkan kita tahu ada dalil yang lebih kuat? Dan dalam beberapa kes, dalil ulama'(scholar) yang terkemudian adalah lebih kuat dari imam yang 4(contoh-al Bukhari).Dan kita mesti menerima perkara ini.
Kerana kita tidak menganuti imam, kita cuma mengambil pendapat mereka. Imam Syafie sendiri berkata..
"Apabila kalian mendapati di dalam kitabku menyelisihi sunnah Rasulullah SAW, maka katakanlah yang sunnah itu dan tinggalkanlah apa yang aku katakan "
[Sir A'lam al-Nubala', Juz 10. ms. 34]
Islam itu adalah berdasarkan Quran dan Sunnah. Maka hendaklah diambil berdasarkan perkara itu. Dan imam besar, ulama'(scholar) juga mengambil dari itu. Dan jika tersilap dan dapat dibuktikan, maka ibarat kata imam Syafie, hendaklah diambil yang Sunnah, kerana Islam adalah berdasarkan Quran dan Sunnah.
Harapan saya agar perkara ini dijelaskan dengaan tepat, supaya kita dapat menghormati dan akhirnya bersatu sesama Muslim walaupun berbeza pendapat. Tidak salah jika mengikut pendapat imam Syafie, sekiranya seperti di Malaysia, di mana sekolah-sekolah mengajar fiqh imam Syafie, maka diikuti ilmu beliau, itu tidak mengapa jika dia memang tiada pengetahuan pada mazhab lain, maka dipegang ilmu yang lebih kuat itu adalah lebih meyakinkan. Namun jika dia telah berpeluang belajar, dan mengetahui hakikat dengan lebih dalam, maka tulisan saya di atas hendaklah diambil sebagai pertimbangan.Dan kita juga perlu menerapkan dalam kalangan masyarakat supaya meluaskan pelajaran fiqh supaya dapat meliputi atau menerobosi sempadan mazhab, dan mempelajari ilmu Islam berdasarkan Quran dan Sunnah, tanpa dibatasi sempadan mazhab. Perkara ini sebenarnya adalah lebih baik, tanpa menyinggung mana-mana pihak.
Saya bukanlaah ulama', ustaz, cerdik, dan bukanlah saya cuba meenyinggung atau mencari sengketa dengan sesiapa, cuma harapan saya agar apa yang benar, perlu dijelaskan dengan cara yang benar. Saya cuma penulis yang kerdil dan lemah ilmu.Apa yang benar dari Allah, jika tersilap semuanya dari saya. Moga saya Diampunkan oleh Allah.Saya memohon ampun dari Allah atas kelemahan pada penulisan saya.Minta ditegur jika tersilap, terutamanya dari kalangan ahli yang lebih bijak dari saya.
"Menulis bukan kerna nama"

Subscribe to:
Posts (Atom)